Tuesday, 30 April 2013

NT 2019 COLOSKIM


CAMPURAN SUSU SKIM DAN KOLOSTRUM COLOSKIM
Sistem imun kita disamakan dengan “benteng dalaman” yang membantu tubuh menghalang “penyerang” seperti bakteria, mikrob, alergen, virus, dll untuk kesihatan dan kesejahteraan lebih baik. Sistem imun yang kurang aktif adalah lemah terhadap pelbagai penyakit, bahkan mungkin tidak mampu menghadapi serangan jangkitan yang sedikit. Sebaliknya, sistem imun yang terlampau aktif mungkin akan tersalah tafsir kehadiran zarah tidak merbahaya sebagai gangguan, lantas menyebabkan tindakbalas yang menjengkelkan, atau alahan yang membawa maut. Oleh yang demikian, bukan sahaja penting bagi kita memupuk sistem imun, bahkan sama pentingnya untuk kita mengekalkan keseimbangannya bagi menikmati kesejateraan menyeluruh. Sistem imun yang seimbang melindungi tubuh anda secara semula jadi dengan tindak balas yang betul bagi mengekalkan kesihatan terbaik.

CAMPURAN SUSU SKIM DAN KOLOSTRUM COLOSKIM ZHULIAN diformulasi khas tidak hanya bagi merangsang sistem imun yang kurang aktif tetapi juga bagi membantu mengawalatur sistem imun yang terlampau aktif. Ia adalah minuman kolostrum premium yang hanya menggunakan peptida kolostrum yang berasal daripada sumber bebas-antibiotik dengan menggunaan teknologi terkini bagi mengekalkan nilai khasiat kandungan kolostrum. Lebih dari sekadar minuman yang lazat, minuman COLOSKIM yang sangat berkhasiat, termasuk pelbagai faktor imun dan faktor pertumbuhan aktif, terutamanya Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) yang bertindak sebagai modulator imun bagi mengawalatur sistem imun serta pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat melalui Faktor ABCD! Selain kebaikan kesihatan yang dinyatakan, pengambilanCOLOSKIM juga menawarkan serangkaian fungsi kesihatan penting termasuklah fungsi penyembuhan dan pemudaan serta memberikan asimilasi nutrien yang lebih baik.COLOSKIM adalah suplemen nutrisi ideal untuk semua peringkat umur, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Coloskim untuk siapa?

(a) Jika melawat pesakit di hospital biasanya kita membawa buah (buah tangan). Tujuannya untuk mempercepat penyembuhan, tetapi buah tidak mampu lakukan apa-apa. Sekarang, gantikan buah dengan Coloskim jika melawat orang sakit. Sebarang penyakit bermanfaat dengan Coloskim. Masih tiada idea? Lawat saja wad di hospital:
  • pesakit kencing manis perlu penyembuhan luka, penghasilan sel penghasil insulin
  • pesakit asma perlu anti-radang
  • yang lumpuh perlu dikuatkan antibodi dan tulang
  • yang uzur perlukan kekuatan sistem imun
  • yang terlalu kerap mengambil ubat perlu lindungi usus dari kecederaan dan peradangan dll...
(b) Yang tak sakit pun bermanfaat juga. Yang nak cantik, ia mempercepat pertumbuhan sel kulit baru. Yang nak cerdik ia menambah sel otak baru, yang nak subur ia menambah sperma, yang perlu tenaga ia menambah otot...

(c) Yang membezakan Coloskim dengan produk Colostrum ialah: PRP (proline rich polypeptides) dan kandungan lemak yang hampir kosong (zero lipid or fat or cholesterol). PRP mengimbangi sistem imun, supaya aktif tetapi tidak hiper.

Bukan untuk siapa, tetapi untuk apa. Untuk kesejahteraan.


Monday, 29 April 2013

Petua menjaga berat badan

Saya akan kongsikan dua (2) petua menjaga berat badan yang di tulis oleh Prof. Dr. Azhar Mat Easa (Ph.D Sains Makanan - Universiti of Nottingham)

  1. Amalkan sarapan berprotein tinggi. Protein lebih lambat dipecahkan ke tenaga dan rasa kenyangnya pun tahan lama. Jadikan sarapan sebagai makanan terbesar dibandingkan dengan makan tengahari dan makan malam. Bersarapanlah seperti seorang Raja, makan tengahari seperti seorang putera, dan makan malam macam seorang papa.
  2. Ambil sejumlah makanan yang sederhana banyaknya. Berhenti makan sebelum kenyang. Jika sukar mengurangkan makanan, amalkan pengurangan makanan secara beransur-ansur, dari sepinggan dikurangkan sedikit demi sedikit ke setengah pinggan, kemudian ke suku pinggan. Isipadu perut kita akan terbiasa makan sejumlah yang kita ajarkan. Seeloknya, makan lebih  kerap dalam jumlah yang lebih kecil. 

Wednesday, 24 April 2013

NT2007 - Royalmix KP Complex



Rumusan soya unik ROYALMIX KP COMPLEX yang dihasilkan khusus untuk orang dewasa ini mengandungi kalsium, lecithin, bakteria baik serta pelbagai nutrien penting. Ia bukan sahaja menolong memelihara kesihatan tulang, ia juga menyokong penyelenggaraan tubuh dan minda yang sihat dan cergas. ROYALMIX KP COMPLEX menawarkan formulasi minuman yang lazat, berkhasiat dan menyelerakan serta sesuai sebagai minuman harian yang boleh diminum pada sebarang masa, siang atau malam kerana kandungan nutrisinya mudah diserap oleh tubuh demi kesan yang menakjubkan. ROYALMIX KP COMPLEX dengan kandungan tinggi nutriennya seperti kacang soya, fruktosa, lecithin soya, serbuk madu, inulin, kalsium sitrat, debunga lebah, asid askorbik, jeli raja, Bifidobakteria Longum dan Laktobasilus Asidophilus menawarkan formulasi istimewa dan berkhasiat yang amat bermanfaat untuk kecergasan harian.



C.a.t.a.t.a.n  Z.h.u.l.i.a.n.a

Sebelum ini saya beri anak saya adilah ROYALMIX BD COMPLEX yang khusus untuk kanak-kanak, tetapi dia tak suka. Bila upline saya sarankan supaya saya beri anak saya ROYALMIX KP COMPLEX, alhamdulillah dia suka pula. Pagi tadi sebagai sarapan sebelum ke sekolah saya bancuhkan 1 sachet ROYALMIX KP COMPLEX untuk di makan bersama cereal. 

Monday, 22 April 2013

Bagaimana Ion Microplasma Beyond Bertindak?



Ion Positif yang terhasil adalah Ion Hidrogen sementara Ion Negatif ialah Ion Oksigen.

  1. Gugusan Ion Microplasma menyerang dan mengepung virus, bacteria, bau dan zarahan bawaan udara.
  2. Gugusan Ion Microplasma membentuk radikal Hidroksil yang mengekstrak Hidrogen daripada zarahan udara yang merbahaya.
  3. Zarahan udara yang merbahaya (virus, bacteria, dll) dineutralkan serta bertukar menjadi tidak aktif dan tidak merbahaya.

Beyond Microplasma Air Purifier - Teknologi Penapisan Pelbagai Yang Termaju Untuk Menapis Rangkaian Terbesar Pencemar Udara Dalaman

Beyond Microplasma Air Purifier merangkumi sistem penapisan udara aktif pelbagai-tahap yang terdiri daripada 4 penapis penting dan canggih bagi memberikan penulenan dan penapisan udara tahap tertinggi.

Tahap Pertama Penapisan Udara : Pra-penapis Boleh Cuci
  • Lapisan pertama yang mengawal allergen bersaiz besar
  • Memerangkap habuk dan zarahan kotor yang besar dan kecil
  • Tahan lama, berkesan dan boleh dicuci.

  
Tahap Kedua Pensterilan Udara : Penapis Nano Perak – Mengaplikasikan Teknologi Nano Perak Dan Totanium Dioksida
  • Memberikan tindakan berkuasa anti-bakteria, anti kulat dan anti-virus
  • Merencatkan perkembangan bacteria dan kulat
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan virus bawaan udara
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan bacteria bawaan udara
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan spora kulapok
  • Menyingkirkan debunga
  • Tindakkan menyahbau yang berkesan
  • Tindakan pensterilan-sendiri bagi menyingkirkan segala bacteria, virus, allergen, dll yang telah ditapis


Dengan Titanium Dioksida, digunakan secara meluas untuk menyingkirkan bau didalam udara, membunuh bakteria dan mengurai bahan organik.


Tahap Ketiga Peneutralan Bau / Udara : Penapis Karbon Bergranul Teraktif

  • Penyingkiran dan pengawalan bau : mengandungi liang mikro untuk menyingkirkan bau kuat, zarahan udara dan bahan kimia bawaan udara secara berkesan
  • Tindakkan menyahbau yang berkuasa
  • Berkesan menentang zarah bersaiz mikro
  • Menyingkirkan habuk dan zarahan bawaan udara termasuk asap tembakau


 Tahap Keempat Pensterilan / Penapis Udara : Penapis True – HEPA (High Efficiency 
 Particulate Arrestance – Penyekat Zarahan Berkecekapan Tinggi)
  • Dibangunkan di Amerika Syarikat untuk perlindungan daripada habuk radioaktif bawaan udara
  • Berkecekapan menyekat zarah udara dengan berkesan pada kadar sehingga 99.97%.
  • Penapis mikro sekecil 0.3 mikron termasuklah asap, habuk, debunga dan semua allergen di udara yang melalui penapis.
  • Pengunaan penapis standard dalam keadaan bilik bersih, perubatan dan makmal yang terkawal
  • Penulenan udara berkuasa
  • Penyegaran-semula udara yang berkesan

  
Ion Mikroplasma Beyond Dan Sistem Penapisan Termajunya Berkemampuan Menyerang dan Meneutralkan Pencemar Udara Berikut :

Bakteria
Debu
Serat Tekstil
Virus
Hama
Formaldehid
Tembakau
Najis Hama
Asbestos
Kulapok
Telur Hama
Benzena
Spora Kulapok
Kabut
Plumbum
Gris Memasak
Jelaga
Klorin
Wasap Cat
Abu
Bahan Kimia Pencuci
Debunga
Wasap Diesel
Tanah
Wasap Ekzos Auto

Dan banyak lagi pencemar udara yang boleh menjejaskan pernafasan dan kesihatan anda!

Beyond Microplasma Air Purifier – Litupi Persekitaran Anda Dengan Udara Menyegarkan Sesegar Di Rimba!


Wednesday, 17 April 2013

100 Soal Jawab Berkaitan B'young - Part 2

21. Mungkinkah saya ketagih jika makan B'Young?

Pastinya tidak mungkin.

22.Perlukah saya berpantang dari memakan makanan yang masam, pedas, mentah atau sejuk semasa makan B'Young?

Ketika makan B'Young anda tidak perlu berpantang dari memakan sebarang jenis makanan, kerana ia tidak mengakibatkan sebarang ketidaksesuaian.

23.Apakah perbezaan B'Young dengan produk vitamin atau mineral yang kini wuiud di pasaran?

B'Young adalah rumusan semulajadi 100% senang diserap oleh badan manusia serta tiada sebarang kesan sampingan. Manakala produk vitamin dan mineral sintetik diperbuat secara kimia, tidak mudah diserap oleh badan manusia, disamping itu, mungkin terdapat kesan sampingan dalam jangka panjang. Selain dari fungsi fisiologi, B'Young juga mengandungi vitamin dan mineral dari sumber asli untuk memastikan penyelenggaran kesihatan anda.

24.Apakah perbezaan B'Young dengan produk-produk kesihatan lain yang kini wuiud di pasaran?

Produk-produk kesihatan lain yang berada di dalam pasaran kini cuma dapat memelihara kesihatan badan, memulihkan organ-organ serta sistern-sistem dalam badan sahaja.

Akan tetapi, B'Young bukan sahaja boleh menyingkirkan toksin dalam badan, menyelaras dan memperkuatkan fungsi badan, tetapi juga memperkuatkan daya keimunan, memulihkan organ-organ, sistem-sistem, demi rnenjadikan setiap sel juga sihat dan muda, seterusnya memperlahankan proses penuaan lalu mengoptimumkan kesihatan, Oleh yang demikian, B'Young adalah produk yang paling eksklusif dan istimewa.

25.Apakah perbezaan B'Young dengan produk kesihatan lain yang dapat memperkuatkan daya keimunan badan?

Penyakit adalah berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya genetik, jangkitan, tabiat pemakanan yang kurang sihat, tekanan, cara hidup yang tidak seimbang dan sebagainya. Contohnya,
Hepatitis B adalah disebabkan oleh iangkitan virus luaran, sakit buah pinggang pula adalah disebabkan tabiat pemakanan tidak seimbang pada jangka panjang.

Sistem keimunan cuma boleh mencegah serangan virus dari luaran, kesannya terhadap penyakit yang diakibatkanan oleh toksin dalam badan adalah tidak ketara.

Lagipun jika tungsi penghadaman adalah kurang baik, daya penyerapan terhadap zat-zat makanan juga kurang baik. Oleh sebab itu, produk-roduk kesihatan yang hanya dapat memperkuatkan daya keimunan adalah tidak menyeluruh kesannya. Setiap organ dan setiap sistem dalam badan kita mempunyai fungsi yang bebeza-beza dan adalah saling bergantung.

Kalau salah satu organ atau sistem badan menghadapi masalah, maka ia akan mempengaruhi organ atau sistem badan yang lain, lalu menambah beban kepada organ dan sistem ini sehingga
menimbulkan lebih banyak penyakit.

Rumusan khas B'Young dapat membersihkan toksin yang terkumpul di dalam badan, lalu memperkuatkan tenaga serta daya ketahanan badan, membantu menghilangkan ketegangan fizikal dan mental dan kemudian membaikpulihkan fungsi-fungsi badan.

Oleh itu, B'Young bukan sahaja boleh mempertingkatkan kekuatan keimunan terhadap penyakit, tetapi juga mernastikan setiap organ, setiap sistem, setiap titis darah serta setiap sel dalam badan kita sentiasa muda, sihat dan cergas. Oleh itu, B'Young adalah produk makanan berfungsiyang lain daripada yang lain.
26. Apakah perbezaan B'Young dengan produk lain dipasaran yang mendakwa boleh melambatkan proses Penuaan?

Bila orang jatuh sakit, dia akan mengalami proses penuaan. Tua bermakna orang itu menjadi lebih lemah dan mudah menghidap penyakit. Selain daripada penyakit, ada juga faktor yang menyebabkan proses penuaan. Diantaranya ialah tekanan, kurang tidur,pencemaran alam sekitar, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan sebagainya.

Produk lain di pasaran yang dikatakan boleh melambatkan penuaan hanya melambatkan penuaaan pada kulit, menjadikan anda kelihatan lebih muda, tetapi tidak dapat memudakan aspek dalaman badan anda, oleh ltu tidak dapat benar-benar memelihara kemudaan. B'Young pula berkesan memastikan seseorarg itu muda dari segi dalaman dan juga luaran.

27.Bagaimana B'Young melambatkan proses penuaan?

Dari zaman kanak-kanak, baligh hingga seseorang menjangkau dewasa menjadi tua, semuanya dikawal oleh kelenjar Pineal. Kajian saintis telah membuktikan bahawa kelenjar pineal adalah
“Jam Usia” badan kita. Ketika “Jam Usia” merasa tua, ia akan memberitahu semua organ, sistem-sistem dalam badan untuk berfungsi seperti waktu tua, oleh itu organ-organ dan sistem-sistem menjadi perlahan dan kian lemah. Semakin lemah maka menjadi semakin tua, semakin tua pula semakin lemah begitulah kitarannya.

Para saintis telah membuktikan bahawa ketika paras Melatonin adalah tinggi, “Jam Usia” akan merasa dirinya muda. Sebaliknya, ia akan merasa tua bila paras Melatonin adalah rendah.

Rumusan B'Young membantu badan kita menghasilkan lebih banyak Melatonin untuk menyedarkan semula “Jam Usia” supaya ia merasakan dirinya masih muda walau pun sebenarnya ia sudah tua. Justeru itu, kelenjar Pineal akan menghantar isyarat muda kepada organ-organ, sistem-sistem supaya menjalankan tugas yang harus dibuat ketika waktu muda, dengan ini dapat memperlahankan proses penuaan.

28. Bagaimana B'Young melanjutkan tempoh hayat?

Para saintis telah membuktikan bahawa manusia sepatutnya boleh hidup sampai umur 120 ke atas. Namun begitu, di zaman ini tempoh hayat rnanusia secara purata hanyalah kira-kira 70 tahun.
Di antara faktor-faktor yang m nyebabkankeadaan ini ialah akibat pencemaran serius yang berlaku pada udara, air dan makanan, ditambah pula dengan diet serta gaya hidup yang tidak seimbang,
tekanan mental yang terlalu tinggi, kekurangan tidur dan sebagainya.

Hasilnya, manusia kini lebih cenderung kepada penuaan pra-matang (tua sebelum waktunya) kemerosotan kesihatan, daya keimunan menjadi lemah menyebabkan mudah diserang penyakit. B'Young mempunyai 3 fungsi yang utama iaitu, “Singkir”, “Rehat” dan “Pulih”. Bukan sahaja dapat membersihkan toksin-toksin yang terkumpul dalam kolon, darah dan sel, disamping itu, B'Young juga dapat membantu anda tidur dengan lena sambil memulih serta menyelaras organ-organ dalam badan agar semuanya befungsi dalam keadaan optimum lalu memperkuatkan fungsi badan serta daya keimunan, melambatkan proses penuaan dan membolehkan anda lebih panjang umur dan lebih muda!

29. Apakah itu Melatonin?

Badan manusia perlu mendapatkan Triptofan, salah satu jenis Asid Arnino daripada makanan, setelah bertindakbalas dengan enzim, ia akan berubah menjadi Serotonin, Sementara itu, kelenjar
pineal di bahagian otak akan mengubah Serotonin kepada Melatonin.

Kajian sains telah membuktikan ketika manusia berumur 60 tahun, paras Melatonin hanya tinggal setengah daripada paras Melatonin kemuncak waktu muda, Paras Melatonin pada waktu malam
juga adalah 10 kali lebih tinggi daripada waktu siang.

Melatonin bukan sahaja membolehkan kita untuk tidur dengan lena, banyak atau kurang penghasilannya juga akan mempengaruhi isyarat yang akan dihantar oleh “Jam Tubuh”, lalu mengawal organ-organ dan sistem-sistem lain dalarn badan kita agar berfungsi sama ada seperti waktu muda atau waktu tua. Oleh itu, Melatonin amat penting kepada kesihatan dan tempoh hayat setiap individu.

30.Bagaimana rumusan B'Young membantu dalam penghasilan Melatonin dalam badan?

Badan manusia perlu mendapatkan Triptofan daripada makanan untuk menghasilkan Serotonin. Sementara itu Senotonin memerlukan karbohidrat untuk masuk ke dalam otak, agar kelenjar pineal dapat menukarkannya menjadi Melatonin. Rumusan B'Young boleh membekalkan Triptofan dan karbohidrat yang banyak untuk membantu dalam penghasilan Melatonin dalam badan.

31. Apakah perbezaan di antarra Melatonin sintetik dengan rumusan B'Young?

Meskipun terdapat Melatonin sintetik di pasaran Amerika Syarikat, tetapi ia belum dikaji tentang sama ada terdapat kesan sampingan atau tidak. Menurut nasihat Dr. Russel J. Reiter dan Dr. Jo Robinson, orang yang mengambil Melatonin sintetik akan menghadapi risiko yang tinggi Oleh itu, pakar perubatan hanya menggalakkan orang ramai supaya menyerap Triptofan daripada makanan agar membolehkan proses penghasilan Melatonin dalam badan.

Rumusan B'Young adalah tediri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, adalah 100% semula jadi, maka anda tidak perlulah mengambil Melatonin sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

32. Mengapa tidur begitu penting?

Apabila kita sudah masuk tidur selama lebih kurang 2 jam, sistem hormon dalam badan kita mula menjalankan tugasnya yang amat mustahak, iaitu membersih dan memulihkan organ-organ serta
memperkuatkan daya keimunan badan. Jikalau kita kekurangan tidur selama satu atau dua hari, sistem imun akan menjadi lemah, mudah terjangkit selsema atau demam,

Selain daripada itu, luka luaran kita juga akan sembuh dengan cepat ketika kita tidur. Oleh itu, semasa kita sakit, doktor akan menasihatkan kita supaya banyak berehat, tambahan pula banyak ubat mengandungi rumusan yang membantu kita tidur. Oleh yang demikian, tldur yang mencukupi dan berkualiti adalah amat penling
kepada kita.

33.Saya tidur selama 8 jam setiap hari, mengapa perlu makan B'Young?

Ramai orang beranggapan tidur selama lapan jam sehari adalah mencukupi, Namun bagitu, mengapakah ada setengah orang meskipun sudah tidur selama lapan jam, keesokan harinya masih tidak bermaya, penat dan mengantuk?

Berdasarkan kajian pakar, tidur boleh diasingkan kepada dua jenis iaitu tidur yang berkualiti tinggi dan tidur yang berkualiti rendah, Tidur yang berkualiti tinggi bermakna tidur yang betul-betul lena, supaya hormon-homon dalam badan dapat bertindak dengan sepenuhnya. Jikalau kerap terjaga pada waktu malam, tidak banyak masa yang betul-betul lena, atau tidur yang tidak berkualiti.

Oleh itu, tidur berapa lama itu tidak penting, yang lebih penting ialah kualiti tidur. Rumusan 'Malam' B'Young membolehkan badan anda menghasilkan lebih banyak Melatonin agar anda dapat tidur lena bagaikan bayi, dari malam terus sampai pagi.

34.Bagaimana B'Young membantu orang tua dalam aspek tidur serta kesihatan?

Apabila usia meningkat, paras Melatonin akan menurun dan tidak dapat tidur dengan lena kerana paras Melatonin mempunyai hubungan langsung dengan kualiti tidur. Apabila seseorang kekurangan tidur, maka kesihatannya juga terjejas.

Rumusan 'Malam' B'Young dapat membantu badan kita menghasilkan lebih banyak Melatonin, dengan ini dapat membantu orang yang lebih berusia memperolehi tidur yang mencukupi demi menjamin kesihatan badan.

35.B'Young bermanfaat terhadap penyakit apa?
Badan manusia mempunyai daya pemulihan diri, tetapi perlu menyerap zat-zat makanan yang mencukupi demi memperkuatkan daya pemulihan tesebut. B'Young boleh membekalkan khasiat yang kaya keadaan badan, di samping itu, ia juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan serta menyelaras, membaikpulih serta memperkuaatkan darah dan sel, organ-organ dan sistem-sistem dalam badan, supaya dapat kembali ke keadaan seperti waktu muda, lalu memperkuatkan daya pemulihan diri. Oleh itu, amatlah bemanfaat kepada kebanyakan penyakit.

36.Dapatkah B'Young mencegah penyakit-penyakit berjangkit?

Seseorang itu diserang penyakit berjangkit kerana daya keimunan adalah lemah. Disebabkan B'Young dapat memperkuatkan sistem imun, maka ia boleh mencegah penyakit-penyakit berjangkit.

37.Adakah B'Young boleh membantu dalam pemulihan dan pencegahan penyakit-penyakit zaman moden seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sakit pinggang ?

Punca penyakit-penyakit zaman moden yang utama ialah diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang kurang sihat serta pencemaran alam sekitar. Faktor-faktor ini mempunyai pengaruh negative masing-masing dan selalunya berkait rapat antara satu sama lain.

B'Young boleh menyingkirkan kolesterol dalam saluran darah, menyeimbangkan paras kolesterol HDL dan LDL, menyingkir sel-sel rosak dan logam berat dalam darah, juga melancarkan pengaliran darah dan mempercepakan metabolisme serta menyingkirkan toksin yang tekumpul dalam buah pinggang, memulihkan fungsi sistem hormon, memperkuatkan pancreas, menggalakkan penghasilan limfosit dan insulin, oleh itu boleh membantu dalam pemulihan dan pencegahan penyakit-penyakit zaman moden tersebut.

38.Apakah kelebihan B'Young terhadap penyakit kanser?

Rumusan B'Young boleh menolong sintesis Melatonin dalam badan. Kajian sains telah membuktikan bahawa Melatonin boleh meneutralkan radikal bebas dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak, dipercayai boleh menolong mencegah dan menghalang sel-sel kanser dari terbentuk atau terus merebak.

39.Apakah kebaikan rumusan B'Young terhadap penyakit anemia?

Unsur-unsur yang terkandung dalam B'Young boleh membaikpulih serta mernperkuat peredaran darah dan jantung, oleh itu amat berfeadah kepada mereka yang rnenghidap penyakit ini.

40.Apakah kebaikan rumusan B'Young terhadap orang yang menghidap penyakit parkinson?

Para pakar perubatan telah mendapati bahawa penambahan Melatonin mempunyai kesan yang baik terhadap Pesakit Parkinson.

Tuesday, 16 April 2013

Demo Cookline

Assalamualaikum....

Minggu lepas saya bersama upline RCD Hafsyahreela Abdul Jalil  telah mengadakan demo nasi arab di rumah sepupu saya Yati bertempat di Sri Pristana. Dalam 30 minit sahaja nasi arab simple yang kak Ella masak pun siap. WOW cepatnya kata jiran-jiran Yati yang datang. Bukan sahaja cepat malah sedap dan tidak berminyak walaupun kak ella menggunakan sedikit minyak gee. Pada yang tidak suka minyak gee anda jangan terkejut kerana nasi yang di masak menggunakan Cookline tidak ada rasa atau bau minyak gee pun.
Antara bahan-bahan untuk nasi arab simple tapi sedap


Nasi arab yang masak sekata

Alhamdulillah Yati bersama sorang jirannya telah sign up sebagai Ahli Zhulian dan seterusnya bergelar usahawan Zhulian. Yati juga dengan cemerlangnya telah berjaya menjual 5 biji periuk. TAHNIAH..lebih cepat kita bertindak lebih cepat hasil yang kita dapat.

Monday, 15 April 2013

KOLEKSI


Tercari-cari hadiah istimewa untuk ulang tahun atau sekadar mengidamkan sesuatu yang indah menawan untuk dimiliki? Pilihlah cincin, subang, rantai tangan dan rantai leher yang menawan dengan rangkaian batuan cubic zirconia jernih dan delima sintetik berpotongan pelbagai segi ini untuk melangkah penuh gaya!

KOLEKSI MAWAR
KOLEKSI SEROJA
KOLEKSI PURNAMA
KOLEKSI CINTA

NT2015 - SS Solution


Penyelesaian untuk kawalan berat badan berkesan!

Diperkuatkan dengan rumusan tersendiri yang seimbang, SS Solutionbertindak dengan baik untuk membantu anda mencegah pertambahan berat badan dalam jangka panjang. Rumusan minuman berfungsi unik yang mengandungi rangkaian nutrien fito (tumbuhan) yang mampu memberikan secukupnya nutrien yang diperlukan tubuh bagi membantu metabolisme, pembakaran lemak, pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh secara amnya serta memberikan rasa kenyang. Ia terbukti selamat untuk pengambilan kerap demi kesan tiada tandingan dalam membantu mencegah penambahan berat badan serta mengekalkan tahap kesihatan terbaik anda.

Kesan 3R SS Solution yang menakjubkan:

  Mentakrifkan semula pengambilan kalori tubuh
  Mengimbangkan semula sistem tubuh seperti metabolisme dan penyahtoksikkan
  Mengembalikan rasa 'ringan' dan kesejahteraan
Kemampuan SS Solution menyekat selera makan dengan memberikan rasa kenyang dapat membantu pengguna untuk merendahkan pengambilan kalori ke tahap yang menggalakkan penurunan berat badan. Ia membolehkan tubuh melaraskan sistemnya secara beransur-ansur bagi menyesuaikan dengan jumlah kalori baru yang diambil, supaya ia akan mengambil kurang makanan lalu menggunakan tenaga yang tersimpan. Dengan kandungan yang tinggi nutrien, SS Solution akhirnya menolong mengembalikan tahap imbangan tubuh termasuklah tahap hormon dan tenaga, sambil memudahkan dan menolong proses pembakaran, penyingkiran dan penyahtoksikan lemak secara semula jadinya. Hasilnya, anda akan memperolehi lebih otot tanpa lemak dan tubuh kurang lemak dengan rasa hebat yang 'ringan', bertenaga dan kesejahteraan menyeluruh.
Fungsi utama SS Solution termasuklah:

  Menyekat selera dan mengurangkan pengambilan makanan
  Meningkatkan Termogenesis (penjanaan haba)
  Membantu proses membakar dan menyingkirkan lemak
  Meningkatkan sintesis hormon
  Mengurangkan penghasilan radikal bebas
  Membentuk otot dan merencatkan simpanan lemak
  Membekalkan khasiat seimbang kepada tubuh
  Membantu mengekalkan tahap tenaga optimum

SS Solution membantu anda kekal langsing dan kekal sihat!

SS Solution dikhususkan kepada kumpulan sasaran: OBES, BERAT BERLEBIHAN dan BERAT IDEAL, mengikut tahap Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index - BMI) masing-masing. Memandangkan SS Solution adalah produk yang tinggi nutrien (protein, vitamin dan mineral berkualiti tinggi) dan yang rendah kalori, maka ia boleh menjadi pengganti hidangan serta suplemen nutrien. Apabila SS Solution digunakan oleh para pengguna yang obes atau mempunyai berat berlebihan, ia bertindak sebagai produk gantian hidangan. Kandungan nutriennya mencukupi untuk para penggunanya menanggung pengambilan makanan yang kurang dan menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh. Apabila SS Solutiondigunakan oleh para pengguna yang mempunyai berat badan normal pula, ia menjadi suplemen nutrien kerana para pengguna berberat badan normal tidak perlu berdiet atau melakukan program gantian hidangan. Apa jua kategori anda, SS Solution adalah penyelesaian terbaik untuk anda menyingkirkan lemak berlebihan, membenarkan anda memiliki tubuh yang seimbang dan bertenaga.

Insuran liabiliti produk SS Solution

SS Solution dilindungi insuran liabiliti produk USD 1 juta bagi memastikan anda dapat menikmati fungsi-fungsinya pada tahap yang optimum tanpa perlu risaukan sebarang kerosakan produk.


Thursday, 11 April 2013

HC3001 (1 kg) / HC3090 (3.3 kg) - Serbuk Pencuci Ultra Pekat Xtra Wash


Xtra Wash adalah sebatian pencuci pakaian yang hebat lagi menakjubkan dalam menanggalkan kesan dan bau yang degil pada pakaian anda, dan yang tinggal hanyalah pakaian putih yang lebih putih dan pakaian berwarna yang lebih menyerlah warnanya berbanding sebelumnya. Ia meresap jauh ke dalam serat dan menanggalkan kesan yang paling degil seperti kesan mentega, gris dan protein dari sisa makanan dengan berkesan dan cepat. Formulasi Xtra Wash yang baru dan dipertingkatkan memberikan pelbagai ciri-ciri handalan, menjadikannya pilihan Nombor Satu untuk pembersihan segala jenis cucian. Ia mengandungi Sodium Tripolifosfat iaitu bahan pembina berkuasa untuk melembutkan dan memperbaiki struktur fabrik, Peluntur Suria untuk meningkatkan keputihan fabrik, Oksigen Aktif dan Agen Bioaktif untuk kuasa tambahan untuk pembersihan dan penanggalan kesan degil, Bioenzim yang diformulasi khas serta Agen Pengasing bagi melembutkan air agar cucian menjadi lebih bersih. Formula bebas-bilasan membantu mengekalkan kecerahan pakaian dan mengurangkan sisa-sisa yang menjengkelkan. Dihasilkan dengan sifat anti-karat berkuasa, ia membantu mencegah pembentukan karat pada butang dan zip logam serta melindungi komponen dan paip logam mesin basuh. Apabila anda inginkan aktiviti mencuci pakaian yang menyeronokkan, pilihlah Xtra Wash!

Bahan-bahan aktif XTRA WASH :

  • Bioenzim – untuk tiga tindakkan efektif yang menanggalkan kesan protein degil dan lumuran darah.
  • Oksigen aktif dan agen bioaktif – untuk meningkatkan kuasa cucian dan menyingkiran kotoran degil.
  • Sodium tripolifostat – bahan Pembina efektif fabrik lembut dan memperbaiki struktur fabrik.
  • Penyeri optic – untuk warna lebih cerah, fabrik putih dan warna lebih berseri.
  • Pencegah karat – melindung dan mencegah kompenan besi dari berkarat.
  • Haruman bunga segar – menyerlahkan kesegaran fabrik selepas cucian.
  • Agen pengasing – melembutkan air agar cucian lebih berkesan.
  • Anti enapan tanah – mencegah enapan tanah keatas fabrik dengan berkesan.
  • Peluntur suria – penanggal kotoran paling berkesan untuk cucian lebih bersih dan berseri.

Testimonial Saya;

Mencuci pakaian dengan XTRA WASH membuat pakaian berwarna semakin berseri, manakala pakaian putih bertambah putih. Pakaian juga tidak busuk walaupun di rendam berhari-hari. 


Syampu Dan Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E.


PC3312 - Syampu Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E memberikan rawatan cucian rambut dan kulit kepala yang sungguh melegakan. Ia membersihkan dan merangsang kulit kepala dan rambut secara lembut sambil menambahkan nutrien penting yang diperolehi daripada Ekstrak Ginseng dan Vitamin E serta minyak pati semula jadi Lemon. Cucian harian memberikan pembersihan mendalam pada kulit kepala, menyingkirkan minyak dan kotoran yang melekat pada folikel rambut agar rambut kekal kuat, sihat dan subur. Ia menyingkirkan kekotoran, minyak dan bahan yang terbentuk daripada produk pengayaan rambut agar rambut bersinar, sihat dan mudah diurus. Ramuan aktifnya seperti Pantenol atau Pro-Vitamin B5 mencegah kerosakan rambut dan memberikan sinar dan keanjalan dari luar dan dalam liang rambut.


PC3313 - Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E
Memilih perapi rambut yang sesuai dapat mencegah rambut berminyak, tidak bermaya dan kekeringan. Hidratkan dan kembalikan lembapan yang sihat pada rambut anda dengan perapi rambut premium ini. Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E adalah perapi harian hebat yang direka untuk merapi dan mencantikkan semua jenis rambut. Ia menawarkan perapi dengan haruman yang lembut memikat yang memberikan rambut yang lembut, licin, berkilat dan lebih mudah diurus. Perapi rambut yang sungguh berkesan ini membantu mencegah rambut bercabang dan kelemumur serta menyuburkan rambut. Penggunaan yang kerap menjadikan rambut tidak kusut serta bersinar berseri-seri. Bahan Ginsengnya memperelokkan rambut, membekalkan khasiat penting terhadap rambut sementara Lemon dan Vitamin E membekalkan kesegaran yang amat diperlukan untuk rambut yang sihat. Melangkah lebih bergaya dengan perapi rambut menakjubkan ini!

Testimonial Saya;

Saya mempunya masalah rambut gugur yang teruk. Alhamdulillah setelah menggunakan Syampu dan Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon Ginseng Dan Vitamin E, dalam masa tidak sampai sebulan masalah rambut gugur saya telah berkurangan. 





Tuesday, 9 April 2013

Cara-cara menggunakan Beyond Food Junction

Selamat menonton.....




BA5402 - BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER


Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!


Kepentingan mengekalkan kualiti udara dalaman yang sihat

Banyak aktiviti biasa seperti memasak, memanas, mendingin, membersih dan menghias-semula boleh menyebabkan pembebasan dan penyebaran pencemar dalaman merbahaya di kediaman. Kajian menunjukkan bahawa udara di kediaman lebih tercemar berbanding udara luaran. Secara puratanya kita menghabiskan sehingga 90% dari masa kita di dalam bangunan. Oleh itu, menghirup udara dalaman yang bersih membawa kesan penting terhadap kesihatan. Orang yang meluangkan lebih banyak masa di dalam adalah lebih berisiko mendapat masalah kesihatan, atau diterukkan lagi oleh pencemar udara dalaman. BEYOND MICROPLASMAAIR PURIFIER yang menggunakan Teknologi Ion Mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan, berkeupayaan menyerang dan meneutralkan rangkaian terluas pencemar udara

BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER bertindak dengan penjana ion mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan untuk kesan penulenan udara pelbagai

Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Mikroplasma Beyond yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih, komplek dan terkawal secara mikro-komputer yang berterusan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul Oksigen dan air di dalam udara. Kombinasi ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan dan pensterilan udara berkuasa 

Friday, 5 April 2013

NASI ARAB MANDY


PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI

* 2 kg tulang lembu/kambing/ayam yang ada daging  
* 15 biji buah pelaga    
* 15 kuntum bunga cengkih    
* 15 biji lada hitam  
* 2 biji bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis 
* 1 sudu kecil jintan putih    
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 1sdb rempah MANDY   
* 3 helai bay leaves / daun Salam    
* 1 inci halia (diketuk)
* 1 ulas bawang putih diketuk
* 2 sdt garam
* 1/4 sdt serbuk safron

Cara-cara penyediaan stok ayam/daging
Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.

PENYEDIAAN NASI    
* 3 cawan beras YAMAN/ARAB     
* 3 cawan stok tulang
* 2 sdb minyak sapi / mentega / minyak zaitun    
* 1 labu bawang besar holland (potong dadu)    
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)    
* 4 biji buah pelaga    
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 biji bunga lawang
* 2 batang kulit kayu manis   
* 5 biji lada hitam  
* 1 biji limau kering hitam   
* 1 sdb rempah MANDY

Cara-cara penyediaan nasi
1. Tumis rempah ratus dan bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu bawang kekuningan .
2. Masukkan tomato dan rempah MANDY  dan masak sehingga layu.
3. Masukkan beras dan goreng sehingga beras berkilat atau air kering.
4. Masukkan  stok tulang dan kismis. letakkan limau hitam kering ditengah beras. Kacau sehingga sekata dan tutupkan periuk. 
5. Selepas 20 minit, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul. Tutupkan periuk.
6. Bila dah masak, bolehla titiskan pewarna kuning  pada nasi

PENYEDIAAN SALATAH / SOS    
* 2 biji tomato    
* 2 cili merah    
* 1/2 biji bawang besar    
* sedikit daun ketumbar/sup/batang saderi/pudina     
* 1sdb jus LEMON
* garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SALATA / SOS
1. Kisar semua bahan dan masukkan garam, gula dan air perahan lemon.

DAGING/ayam PANGGANG
1 kg daging kambing
1 sdb serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sdbSERBUK MANDY( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1 sdb madu
5 ULAS BAWANG PUTIH DI KETUK 2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam Sedikit
2 sdb minyak zaiton untuk menggoreng
pewarna kuning/ saffron

Cara penyediaan ayam/daging:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Gorengkan dengan minyak zaiton yang sedikit.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN COOKLINE DALAM MEMASAK NASI ARAB
  • nasi masak sekata dengan kadar masa yang cepat
  • cookline mampu meneutralkan kesan asap arang terhadap nasi
  •   original resepi menggunakan periuk tanah liat supaya menyedapkan lagi aroma nasi arab. Cookline mampu memberi kesan original tersebut sebab lapisan cookline menggunakan tanah liat/seramik
  •   nasi tidak berminyak
  •  nasi tidak berbau minyak sapi sekiranye menggunakan minyak sapi semasa menumis
  •  semasa memanggang ayam, tidak perlu menggunakan aluminium foil...rasa ayam lagi enak bila dimasak dalam cookline.


Terima Kasih pada Chanteek Beauty Wellness atas perkongsian resepi. Dengan COOKLINE bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah menjadikan masakan anda bertambah sihat dan sedap.


Wednesday, 3 April 2013

100 Soal Jawab Berkaitan B'young - Part 1

1. Mengapakah saya perlu makan B'Young?

Akibat dari kemajuan tamadun manusia hari ini, maka pencemaran 3 unsur penting yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup iaitu udara, air dan makanan memang tidak dapat dielakkan.Tambahan lagi cara hidup manusia yang tidak teratur, diet atau pemakanan yang tidak seimbang serta tekanan jiwa yang kian tinggi, telah menyebabkan terkumpulnya begitu banyak toksin dalam badan sehingga terjadinya penuaan pramatang pada organ-organ manusia, justeru itu kesihatan kian terancam dan tempoh hayat juga disingkatkan.

Fomulasi B’Young terdiri dari lebih daripada 60 jenis sayur-sayuran dan buah-buahan, mengandungi segala nutrien, vitamin serta mineral yang diperlukan oleh manusia. Pemakanan manusia zaman ini lebih cenderung kepada citarasa individu, keseimbangan khasiat jarang-jarang diberikan penekanan. Oleh itu, kita tidak mungkin dapat memperolehi semua zat-zat yang tertandung dalam formula B'Young menerusi diet harian kita. 

Formula B'Young membantu badan menyingkirkan toksin, menyalaras serla memulihkan organ-organ, sistem-sistem, darah serta sel-seldalam badan kita, memulihkan keadaan badan supaya lebih muda dan sihat, mempertingkatkan kecergasan dan ketahanan, melambatkan proses penuaan serta melanjutkan tempoh hayat.

Panjang umur, tubuh badan yang cerqas serta sihat, keadaan luaran dan dalaman yang muda merupakan impian setiap individu. Oleh itu, formula B'Young adalah keperluan setiap orang. Demi masa depan anda, demi keluarga anda yang disayangi, demi generasi anda yang seterusnya, anda harus mula mengambil B'Young.


2. Adakah B'Young sesuai dimakan oleh orang yang sakit?

Formula B'Young boleh menyelaras, memulihkan organ-organ dalam tubuh, memperkuatkan sistem imun dan amat berfeadah kepada orang yang sakit. Oleh itu, mereka amat sesuai memakan B'Young.


3. Adakah B'Young bercanggah dengan ubat-ubatan tradisional atau dari farmasi?

Ketika orang sedang sakit, dia juga perlu makan nasi, sayur, buah-buahan atau vitamin dan sebagainya. Disebabkan B'Young diperbuat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, ia tidak berbeza dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa. B'Young adalah makanan dan bukannya ubat, ia tidak bercanggah dengan ubat-ubatan yang lain, tidak kira ubat cina atau ubat dari farmasi, mereka boleh dimakan secara serentak.


4. Adakah B'Young sesuai dimakan oleh wanita yang hamil?

Jika wanita hamil digalakkan untuk makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, maka ia juga sesuai mengambil B'Young. Namun, sebelum makan B'Young anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda.


5. Adakah B'Young sesuai dimakan oleh wanita yang baru melahirkan anak?

Wanita yang baru melahirkan anak memerlukan lebih banyak khasiat untuk memulihkan kesihatan. B'Young mempunyai kandungan zat makanan yang amat tinggi maka merupakan pilihan yang amat bijak.


6. Adakah B'Young sesuai dimakan oleh orang yang baru menjalani pembedahan?

Orang yang baru menjalani pembedahan selalunya lemah, memerlukan makanan yang lebih berkhasiat untuk memulihkan tenaga badan, B'Young adalah pilihan yang baik sekali.


7. Adakah B'Young sesuai dimakan oleh orang yang alah (alergi) terhadap ubat-ubatan?

B'Young bukannya ubat, oleh itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas orang yang alah terhadap ubat-ubatan tertentu.


8. Saya amat sihat dan jarang-jarang sakit, perlukah saya makan B'Young?

Sekiranya seseorang itu pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kernudian diberitahu oleh doktor bahwa dia telah menghidapi sakit jantung, tinggi kolesterol.dan glukosa dalam darah, mengalami hypernuricaemia dan lain-lain, adakah ini bermakna dia menghidapi semua penyakit tersebut baru satu hari sebelum hari itu?. Tentulah tidak.

Pada hakikatnya, punca penyakit tersebut adalah dari tabiat pemakanannya yang tidak seimbang, cara hidup yang tidak teratur pada masa dahulu, lama kelamaan mengakibatkan penyakit. Cuma telah didiagnosis atau disahkan oleh doktor pada hari itu.

Jika dia tidak mengetahui dirinya telah menghidapi penyakit lalu tidak mengubatinya pada peringkat awal, ada kemungkinan suatu hari dia tiba-tiba diserang sakit jantung dan terus meninggal dunia. Dengan lain perkataan, orang yang kelihatan sihat secara luaran, tidak bermakna badan adalah 100% sihat. Mungkin terpendam banyak penyakit.di dalam.

Jika orang yang sihat juga mengambil langkah yang sewajarnya untuk memasti kesihatan yang dimilikinya akan berterusan dia tidak perlu risau tentang masalah kesihatan pada masa depan kelak. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan tunggu sampai keadaan menjadi teruk baru ingin mencari ubat. Makanlah B'Young mulai hari ini demi mengelakkan penuaan pra-matang serta penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan anda.


9. Saya tidak perlu B'Young kerana saya tidak pernah takut untuk menghadapi ajal.

Jika kita boleh menemui ajal kita dalam keadaan yang aman, kematian memang tidak menakutkan. Namun, jika kita pergi ke hospital, kita boleh nampak ramai pesakit yang terbaring.di atas katil semua bahagian dicucuk tiub, menjerit-jerit kerana tidak dapat menahan kesakitan, ada pula yang sedang bersusah-payah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kesengsaraan yang di hadapi oleh mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kecuali dialami oleh diri kita sendiri. Pesakit-pesakit tersebut juga merupakan suatu beban yang amat berat untuk ahli keluarganya. Oleh itu, makanlah B'Young demi memelihara kemudaan dan kesihatan yang amat penting untuk setiap individu.


10. Saya masih muda, oleh itu saya tidak perlukan B'Young.

Seseorang itu tidak mungkin menjadi tua dalam jargkamasa sehari suntuk sahaja., tetapi ia mengambil masa yang panjang tanpa disedari. Jangan biarkan diri anda tua sebelum waktunya.
Jika anda boleh makan B'Young pada masa muda, bukan sahaja boleh mengelakkan penuaan sebelum waktunya, lebih panjang-umur, mengekalkan kemudaan, memperbaiki kesihatan anda dari
segi dalaman dan luaran.


11. Kini saya ada mengambil beberapa jenis makanan kesihatan, tidak perlukan B'Young.

B'Young mengandungi lebih 60 jenis khasiat, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh manusia, menyelaraskan dan memulihkan organ-organ dan sistem-sistem di seluruh badan manusia, dari bahagiaan kaki hingga ke bahagian otak, dari darah hingga ke sel-sel, semua juga akan dimanfaatkan lebih-lebih lagi boleh, melambatkan proses penuaan serta melanjutkan tempoh hayat.

Produk-produk lain dalam pasaran cuma akan memperkuatkan salah satu bahagian badan, faedah yang ditawarkan adalah tidak menyeluruh. Jika anda ingin memperolehi faedah seperti B'Young, anda terpaksa membeli lebih daripada 20 jenis makanan kesihatan yang berbeza-beza atau terpaksa menelan 100 lebih biji pil yang berbeza-beza dari segi wama, jenis, bentuk dan rasa. Anda yang begitu menitikberatkan kesihatan pasti tidak mahu membazir masa dan wang, anda hanya perlu mengambil B'Young sahaja sudahpun mencukupi.


12. Adakah B'Young mempunyai kesan sampingan?

B'Young telah pun lulus segala ujian makmal dan amali, telah dibuktikan selamat dan tidak ada sebarang kesan sampingan. Cuma mungkin tempoh penyesuaian diri terhadap B'Young adalah berbeza bagi setiap individu.


13. Adakah B'Young mengandungi sebarang bahan pengawet, pewarna, perasa kimia, dadah atau pun bahan kimia dan lain-lain lagi?

B'Young dirumuskan khas daripada sayuran dan buahan semulajadi, tidak mengandungi sebarang bahan mengancam kesihatan badan serta merupakan formula yang 100% semulajadi..


14. Apakah itu jaminan produk berjumlah USDl juta yang diberi B'Young?

B'Young adalah 100% selamat, oleh itu syarikat insuran rnenjamin keselamatann penggunaan produk ini sejumlah USD1 juta, bererti produk ini tidak akan mengancam kesihatan.


15. Dari negara manakah asalnya rumusan atau formula B'Young? 

Rumusan atau formula B'Young berasal dari Amerika Syarikat, taraf teknologi serta perubatan negara kita masih tidak mampu mencipta rumusan yang begitu berkualiti dan canggih.


16. Bagaimanakah proses pembuatan produk B'Young?

Rumusan sayuran dan buahan semulajadi B'Young dicipta menerusi cara pemekatan saintifik yang amat canggih serta dilakukan di dalam keadaan yang bebas dari kuman demi memelihara kandungan zat atau khasiat yang tinggi, lalu dibungkus mengilut sukatan keperluan manusia.


17. Adakah B'Young merbahaya kepada kanak-kanak?

B'Young tidak merbahaya terhadap kanak-kanak , oleh itu di atas kotak B'Young ada tercetak tulisan "Save within reach of children”


18. Adakah B'Young sesuai dimakan oleh Vegetarian?

B'Young adalah dirumus oleh sayuran dan buah-buahan, lagipun tidak mengandungi sebarang bahan tambahan kimia, oleh itu pasti sesuai untuk dimakan oleh vegetarian.


19. Adakah kesan-kesan B'Young mempunyai bukti saintifik?


Semua kesan B'Young adalah merujuk kepada kajian-kajian para saintis dan pakar perubatan terkini. Jika perlu keterangan yang lebih lanjut, sila rujuk buku B'Young.


20. Adakah B'Young boleh menggantikan tempat-tempat ubat-ubatan?

Meskipun B'Young banyak mengandungi banyak zat-zat makanan, tetapi ia tidak boleh menggantikan tempat ubat-ubatan. Jika ada penyakit, perlulah anda meminta nasihat doktor serta makan ubat yang sewajarnya, pada masa yang sama inda boleh makan B'Young agar boleh pulih dengan lebih cepat.