Monday, 29 April 2013

Petua menjaga berat badan

Saya akan kongsikan dua (2) petua menjaga berat badan yang di tulis oleh Prof. Dr. Azhar Mat Easa (Ph.D Sains Makanan - Universiti of Nottingham)

  1. Amalkan sarapan berprotein tinggi. Protein lebih lambat dipecahkan ke tenaga dan rasa kenyangnya pun tahan lama. Jadikan sarapan sebagai makanan terbesar dibandingkan dengan makan tengahari dan makan malam. Bersarapanlah seperti seorang Raja, makan tengahari seperti seorang putera, dan makan malam macam seorang papa.
  2. Ambil sejumlah makanan yang sederhana banyaknya. Berhenti makan sebelum kenyang. Jika sukar mengurangkan makanan, amalkan pengurangan makanan secara beransur-ansur, dari sepinggan dikurangkan sedikit demi sedikit ke setengah pinggan, kemudian ke suku pinggan. Isipadu perut kita akan terbiasa makan sejumlah yang kita ajarkan. Seeloknya, makan lebih  kerap dalam jumlah yang lebih kecil. 

No comments:

Post a Comment