Tuesday, 21 May 2013

Squeezy Zhulian


FB3151 - Kordial Ros Squeezy

Kordial Ros Squeezy diperbuat daripada resipi tradisi keluarga yang menghidangkan rasa sirap ros yang manis semulajadi dengan aroma kelopak ros asli. Kordial Ros Squeezy ditambah dengan madu premium untuk menghasilkan rasa istimewa dan lazat apabila dicampur dengan air atau susu. Minuman enak penghilang dahaga ini pasti menjadi minuman yang sesuai untuk sebarang acara keramaian!
FB3152 - Kordial Mangga Dengan Pekatan Jus Squeezy

Kordial Mangga dengan Pekatan Jus Squeezy adalah pilihan terbaik buat penggemar mangga. Dihasilkan daripada puri mangga berkualiti tinggi dengan madu premium, ia meninggalkan rasa mangga asli yang menyegarkan selepas beberapa ketika menikmatinya. Kordial pekat dan lazat ini memberikan anda kepuasan minuman mangga yang tidak terhingga. Ditambah ais atau pun tidak, nikmati kehebatannya pada bila-bila masa, di mana jua.


FB3153 - Kordial Oren Dengan Pekatan Jus Squeezy

Meriahkan hari anda dengan minuman sitrus ini! Kordial Oren dengan Pekatan Jus Squeezy adalah minuman enak dengan rasanya yang pasti merangsang deria anda. Ianya mengandungi madu premium yang memberikan kemanisan mengiurkan, mudah disediakan dan boleh dinikmati pada sebarang acara. Jika inginkan kelainan, hasilkan minuman yang lebih lazat dengan mencampurkannya bersama minuman jus lain dan tambahkan beberapa keping hirisan oren!
FB3154 - Kordial Kurma Dengan Pekatan Jus Squeezy

Kordial Kurma dengan Pekatan Jus Squeezy pastinya minuman berperisa unik. Dihasilkan daripada buah kurma berkualiti terbaik dan ditambah pula madu premium, kordial buah yang lazat ini tentunya pilihan untuk apa jua majlis. Ia juga sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan kerana kandungannya bebas kolesterol! Rasa unik yang memberikan kepuasan ini amat digemari mereka yang tercari-cari keenakan luar biasa. Hiruplah minuman bercitarasa menyenangkan ini!


FB3155 - Kordial Buah Kiwi Dengan Pekatan Jus Squeezy

Sedap, berkhasiat dan penuh kenikmatan! Kordial Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy adalah pilihan menyihatkan yang menyejukkan dan melegakan deria rasa anda. Mengandungi Vitamin C, ia adalah minuman kordial buah-buahan yang mengecurkan, apatah lagi ditambah madu premium bagi meningkatkan kelazatannya. Jika anda mengidamkan minuman yang manis dan lazat, jadikanlah Kordial Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy pilihan terbaik. Alami rasa yang melegakan lagi enak dengan kebaikan Vitamin C.
FB3156 - Kordial Limau Nipis Dengan Pekatan Jus Squeezy

Rasa mengantuk atau keletihan? Kembalikan kesegaran diri dengan rasa Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy! Limau nipis mempunyai citarasa mengagumkan yang benar-benar merangsang deria dan menjadikannya minuman yang sesuai di kala anda perlu berehat dan menyegarkan diri. Campuran unik limau nipis terpilih dan madu premium untuk kemanisan rasa, Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy ternyata memberikan pengalaman minuman yang menyeronokkan.


FB3158 - Kordial Asam Jawa Dengan Pekatan Jus Squeezy

Keunikan asam jawa terletak pada rasa 'masam-manis' yang enak. Dihasilkan daripada asam jawa berkualiti tinggi, citarasa lembut Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy menyajikan minuman penghilang dahaga yang menyegarkan dan enak serta sesuai diminum sebarang masa, setiap hari. Ditambah madu premium untuk memberikan lebih 'oomph', Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy adalah minuman ideal yang pasti berbeza!
FB3159 - Kordial Anggur Hitam Dengan Pekatan Jus Squeezy

Nikmatilah kepuasan rasa yang hanya dapat diberikan oleh Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy! Kordial buah-buahan menyelerakan dihasilkan daripada adunan pekatan jus anggur hitam berkualiti hebat dengan madu premium untuk minuman anggur hitam yang amat lazat! Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy pasti memberikan kepuasan buat anda!



c.a.t.a.t.a.n  z.h.u.l.i.a.n.a

Antara yang wajib ada di rumah..sangat memudahkan urusan membuat minuman...hanya tuang dan campur dengan air..tidak perlu tambah gula lagi. Keluarga saya amat menggemari kordial mangga, anggur, sirap dan juga oren. 





No comments:

Post a Comment