Wednesday, 20 November 2013

STROK

Oleh: Dr Azhar Mat Easa.

Ramai yang minta ditulis sedikit mengenai strok, atau juga dikenali sebagai "angin Ahmar".
Di Malaysia, strok diletakkan di tangga ke empat sebagai pembunuh utama selepas penyakit jantung, kemalangan jalan raya dan kanser. Rawatan strok adalah mahal dan memakan masa yang amat panjang. Berita baiknya, strok mudah dicegah.

Ringkasnya, strok adalah "serangan otak". Otaklah yang mengawal fungsi badan, maka amat-amat perlu dibekalkan dengan darah beroksigen selama 24 jam sehari! Jika sel saraf gagal menerima darah disebabkan oleh saluran darah pecah atau tersumbat, maka terjadilah strok, yang membawa kepada kehilangan kebolehan deria berfungsi.

Ada dua jenis strok;

(a) iskemia - darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Pengumpulan kronik kolesterol dalam arteri adalah punca utama (artheroschlerosis). Darah beku ini boleh terbentuk dalam arteri utama yang menuju ke otak atau di tempat lain seperti jantung dan leher.

(b) berdarah - salur darah pecah, membawa kepada pendarahan. Punca utama adalah tekanan darah tinggi kronik yang tidak dirawat yang menekan arteri dan memecahkannya.
Untuk mencegah kedua-dua jenis strok, strategi pemakanan dan cara hidup sihat patut diamalkan. Antaranya ialah pengambilan bahan yang dapat menurunkan kolesterol merbahaya LDL, mengawal tekanan darah tinggi dan menguatkan dinding saluran darah.

Untuk elak strok sila amalkan i complex/ memo complex/ spirulina/ ISO7. Pilih 2.
I-Complex
Memo Complex
Spirulina
ISO 7

No comments:

Post a Comment