Tuesday 8 October 2013

KEK GULA HANGUS COOKLINE

Kek yang di bakar menggunakan periuk COOKLINE tak perlu di gris/ atau di lapik dengan kertas kerana ianya tidak akan melekat. 

















RESEPI

Bahan A 
2 cawan gula
2 cawan air suam
* hanguskan gula sehingga merah berbuih dan masukkan air
  
Bahan B
200 ml susu cair
3 sudu besar majerin
* Masukkan keduanya ke dalam  Bahan A dan kacau hingga gula cair.
* Biarkan suam. ---sesuam kuku lah lebih kurang

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat
* Diayak bersama sehingga 3x

Bahan D
8 biji telur gred B
Dipukul seperti telur dadar

Cara Membuat
1. Masukkan bahan C dan diikuti bahan  D ke dalam bahan A yang telah suam.
2. Kacau supaya bancuhan tidak bergetel  dan tapiskan adunan ke dalam periuk set B.
3. Tutupkan Periuk dan letakkan di atas dapur gas dengan menggunakan api yang paling perlahan
4. Selepas 40 minit, padamkan api dan biarkan selama 10 minit.
5. Siap untuk dihidangkan.


c.a.t.a.t.a.n z.h.u.l.i.a.n.a

Terima kasih pada kak Ummi Chanteek Beauty & Wellness atas perkongsian resepi ini. 


No comments:

Post a Comment